Saturday, February 23, 2008

ZAMAN BUDAK KECIK


Ha........... Kalo korang nak tau, ni la gambar aku masa umur 3 tahun..... cute tak????? Hehehehe..... Dulu masa kecik, aku ni comey la gak... Kira ramai la juga pompuan yang terpikat dengan kecomelan aku ni..... Well you know me..... Hehehehe.....

1, 2, 3.... SMILE!!!!!!!!!!!!!!!!!


Fuuuhhhhh........ Sejuk giler la air kat Lata Chakah ni.... Tapi memang best kalau korang dapat mandi kt sini.... Di samping air nya yang bersih, kita juga dapat menghirup udara yang nyaman dan segar..... Pemandangan pun cantik kt tempat ni...... Lagipun aku selalu juga datang sini dengan family bila setiap kali aku balik Terengganu..... Bukan pe, seronok bila ada bersama family ni...... Enjoy!!!!!!!!!!

MALAM BAKAT SSBJ


Masa ni aku masuk pertandingan karaoke Malam Bakat SSBJ pada 30 Januari 2008 yang telah diadakan di Dataran Komenwel SSBJ..... Aku dapat tempat kedua.... Yang menang Ibnu sebab die nyanyi sambil main gitar.... So ada point lebih sket la kt die..... Tapi nak buat macam mana, no.2 pun da kira ok gk la.... Hehehehehe..... Lepas ni aku nak try ujibakat AF6 lak.... Mana la tau kot-kot dapat ke....

FAEZ & ANEYS


Masa ni kami pergi main boling kt KB Mall, Kelantan.... Mmmmm biasa la kalo de masa lapang, kami akan keluar bersama-sama... Pergi jalan-jalan, makan KFC, berjalan di persisiran pantai, dan pergi karaoke.... Lagipun kami sibuk dengan study.... Nak jumpe pun susah... Hehehe... So time cuti semester je la kami akan berjumpa...

MY SWEET MEMORIES


Ini merupakan saat paling indah dalam hidup aku selepas menceburi bidang sukan olahraga selama 11 tahun.... Terlalu banyak kenangan manis yang aku diperolehi bersama rakan-rakan semasa menyertai kejohanan olahraga antarabangsa terutamanya di DOHA Qatar, Hong Kong, Singapore, dan juga Dubai.... Sememangnya ia adalah satu peluang kepada diri aku untuk membuktikan yang diri aku juga mampu bersaing dengan atlet-atlet lain disamping dapat melancong ke luar negara.... Antara pengalaman menarik ketika di luar negara ialah seperti pengembaraan di padang pasir sejauh 30km dan hanya sempat bergambar dengan seekor unta, mandi jakuzi bersama-sama atlet Qatar selepas sesi latihan, dan juga menaiki kereta kabel di Singapore....

Wednesday, February 13, 2008

30th ASEAN School in Chiang Mai 2007

Masa ni aku kat kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Asean di Chiang Mai, Thailand.... Aku menang pingat perak dengan jarak lompatan sejauh 7.01 meter..... Emas dimenangi oleh Thailand dengan jarak 7.30 meter.... Walau apa pun, aku dah cuba yang terbaik..... Alhamdulillah